
Title : Missed Carriage
Medium : Papper, pen, photoshop and wife on my side.
Technique : Menunggang kesedihan
7.32 a.m : Isteri saya memberi khidmat pesanan yang agak ringkas, katanya “ I’ve missed carriage at 7.30 a.m this morning ”
7.33 a.m : Saya membalas cemas dengan “ Eh? Macam mana boleh missed? Sayang nak pergi mana 7.30 a.m naik carriage? "
7.33 12sec. a.m : Isteri saya membalas dengan khidmat pesanan yang sangat ringkas “Daaa~” katanya.
Setengah jam kemudian ( Setelah mengetahui makna sebenar)
8.03 a.m : Saya telah berjumpa para sekritariat pejabat untuk meminta perlepasan kecemasan. Dengan sugul Saya kata begini “ Kak, saya kena balik sekarang. Isteri saya keguguran ”.
8.04 a.m : Dengan muka terkejut palsu tapi kelihatan sangat asli, “ Hah! Wife kau missed carriage? “ Tanya mereka serentak bagai acara renang berirama.
8.05 a.m : “ Bukan, Wife saya dulu miss la, sekarang dah mistress. Lagi satu nama dia Shikin bukan carriage “
8.07 a.m : Tiada tindak balas.
8.09 a.m : Tiada tindak balas lagi.
8.10 a.m : Saya tinggalkan para sekritariat pejabat yang masih tiada tindak balas, ditambah sedikit reaksi meluat bukan buat-buat dari mereka.
P/S from Shikin :: I missed my beautiful carriage. Dan ianya terjadi pada tarikh yang sama dengan pernikahan aku dua bulan yang lepas.
P/S Saya :: Lebih kurang macam main bola sepak. Bola sudah cecah jaring sekalipun, belum tentu dikira gol. Anggap sahaja kali ini kira Off Side.





